Subuhnya
Di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berfoya-foya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu
siapa aku di depan Tuhanku
Zohor
Aku lebih memikirkan kelaparan
Kehausan dan rehatku
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
Aku bertolak ansur dengan waktu
Aku gembira membilang keuntungan
Aku terlupa betapa besar kerugian
Jika menggadaikan sebuah ketaatan
Siapa aku di depan Tuhanku.
Asar
Aku lupa warna masa
Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
Aku masih dengan secawan kopiku
Terlupa panas tidak dihujung kepala
Aku masih bercerita
Tentang si Tuah ynag setia dan si J ebat yang derhaka
Siapa aku di depan Tuhanku
Maghrib
Aku melihat warna malam
Tetapi aku masih berligar disebalik tabirnya
Mencari sisa-sisa keseronokan
Tidak terasa ruang masa singkat
Jalan yang bertongkat-tongkat
Ruginya bertingkat-tingkat
Siapa aku di depan Tuhanku
Isyak
Kerana masanya yang panjang
Aku membiarkan penat menghimpit dadaku
Aku membiarkan kelesuan mengangguku
Aku rela terlena sambil menarik selimut biruku
Bercumbu-cumbu dengan waktuku
Siapa aku di depan Tuhanku
Kini aku menjadi tertanya-tanya
Sampaii bila aku akan melambatkan sujudku
Apabila azan berkumandang lagi?
Aku tidak akan menbiarkan Masjid menjadi sepi
Kerana di hujung hidup ada mati
Bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
Jika ruangku dibiar kosong
Jika wajahku menjadi asing
Pada mentari dan juga bintang-bintang
baca dan hayati betul -betul puisi ini dan tanya pada diri sendiri
"siapa aku di depan
Tuhanku? "
"siapa aku di depan
Tuhanku? "
kini aku menjadi tertanya -tanya sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkumandang
bagaimana jenazah akan dibawa di sini jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang
bagaimana jenazah akan dibawa di sini jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang
No comments:
Post a Comment