Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan (couple) atau seumpamanya adalah HARUS.
Kerana Islam adalah agama kasih sayang dan ukhuwwah (persaudaraan). Namun di sana terdapat beberapa keadaan atau tindakan yang boleh menjadikannya HARAM.
Islam menetapkan syarat-syarat tertentu dalam perhubungan kasih sayang antara lelaki dan wanita bukan mahram. Antaranya :
PERTAMA: MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK DAN NIAT ITU BERTERUSAN DALAM KEADAAN BAIK
Hubungan kasih sayang antara seorang lelaki dan wanita mesti diasaskan atas niat yang baik dan suci yaitu bertujuan untuk berkahwin demi menegakkan sebuah rumahtangga yang diredhai Allah. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah HARAM seperti bercouple untuk berhibu, bersuka-suka, mencari keseronokan, melepaskan keinginan hawa nafsu,membalas dendam kepada wanita dan sebagainya.
KEDUA: HENDAKLAH MEMATUHI SYARIAT (PERATURAN) AGAMA
Maksudnya dalam menjalin hubungan itu kedua-dua pihak mesti menjaga batas-batas pergaulan seperti yang ditentukan syariat. Seperti tidak berdua-duaan tanpa mahram samada secara nyata atau di alam cyber(internet).
Lumrah bercouple tidak dapat lari daripada ber"dating", ber"shoping" dan sebagainya malah ada yang sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti didalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya.
Semua itu adalah bercanggah dengan peraturan dan tatacara hidup Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Perlu disedari, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turutmenjadi haram. Kaedah Fiqh ada menyebutkan :
“Sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram”.
Justeru berdasarkan kaedah ini, bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat adalah haram.
KETIGA: WAJIB MENJAGA MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Syariat islam mewajibkan keatas ibubapa atau penjaga wanita menjaga maruah wanita tersebut,memeliharanya dari pergaulan bebas agar wanita itu kekal dalam keadaan suci maruah dan akhlaknya. Kesucian wanita menjadi lambing kesucian sesebuah masyarakat.
Apabila pasangan yang couple berdating, maka keperibadiannya sebagai seorang wanita muslimah akan dipersoalkan, diragui kesucian akhlaknya. Khalayak tidak akan berbicara tentang silelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan, bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut merelai dirinya dipermainkan seperti barang tidak berharga, di bawa ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk lain yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadapnya.Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmahan yang menjatuhkan maruah dan kehormatannya. Ingatlah bahawa Islam amat prihatin dalam penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang diluar batasan,kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.
KEEMPAT: PERHUBUNGAN ITU TIDAK MEMBAWA KEPADA PEMBAZIRAN WANG DAN WAKTU
Di dalam bercouple, biasanya remaja tidak berkira dalam menjaga tatasusilanya dalam perbelanjaan. Sedangkan agama menuntut kita berhemat dalam berbelanja kerana harta yang Allah beri pada kita adalah amanah dan ujian ke atas kita.
Lelaki biasanya akan banyak menghabiskan duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT)atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Terdapat juga keadaan di mana si gadis yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembelian kad top-up handset yang 'out of control'. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat tidak perlu. Justeru, penggunaan wang kepada perkara yang tidak wajar adalah haram dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)
Begitu juga dalam soal waktu. Waktu adalah modal hidup kita yang tidak boleh dipersiakan begitu sahaja. Bercouple akan membazirkan waktu. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa atau remaja telah diisi dengan perbuatan-perbuatanyang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan dihadapan Allah.
*Demikianlah syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah ke atas hambaNya dalam hal perhubungan kasihsayang antara dua insan yg saling menyintai. Tetapi apa yg berlaku dalam masyarakat kita, bila pasangan itu bercinta hukum dan batasan agama dilangggar sewenang-wenangnya, bahkan saat itu hawanafsulah yang menjadi tuhan mereka. Segala nasihat yg diberi, samada dari ibubapa dan rakan semuanya dianggap penghalang cinta suci mereka.
Manakala hukum dating tanpa mahram adalah dilarang dan haram hukumnya. Kerana berdating bererti menghampiri zina. Dalam Islam seseorang itu dilarang keras dari menghampiri zina. Oleh kerana zina itu mendatangkan dosa besar, maka melakukan perbuatan yang boleh membawa kepada perzinaan termasuklah dating ini adalah haram dan berdosa.
Allah SWT mengharamkan pandangan tanpa kepentingan antara lelaki dan wanita bukan mahram (sila rujuk Surah An Nur: 30,31), apalagi jika bertemu berdua-duaan tanpa mahram.
Nasuha,
ReplyDeleteWah, tema post bertepatan dengan ujian kepekaan 3. Satu muhasabah diri. Couple = haram.
a z z w a n
terima kasih..atas komen en. Azzwan
ReplyDelete