Tajuk: Ikhlas, A.K!
Penulis: Nirrosette
Terbitan: Jemari Seni Sdn. Bhd
Harga: RM21.00 (Sem. Malaysia)/
RM24.00 (Sabah/Sarawak)
RM24.00 (Sabah/Sarawak)
silalah baca ye punya jalan crite ye!!!!
pendapat aku :
Untuk aku novel ni best (2x dah khatam).. Sebabnya, bahasa yang penulis gunakan sempoi. Novel yang menekankan hal agama tapi dengan cara yang sempoi, bahasa yang bukannya skem-A ikut pembaris besi. & maybe bagus jugak untuk orang yang baru nak ‘balik’ ke pangkal jalan.. Bila baca novel ni, maybe pihak yang berkenaan akan terfikir, walau sejahil mana pun orang tu, kalau Allah nak beri petunjuk, petunjuk tu akan datang dalam ape jua pun keadaan. Nak berubah tu senang cuma nak maintain berubah ke arah kebaikan tu je yang susah sket. Mean, susah sket tapi tak mustahil.. Kan2?? Ni antara watak2 penting dalam novel ni:
Adam Khalis:
Hero yang bagi aku sangat cool.. Sebabnya, penulis agak realistik dalam menggambarkan Adam. Memang lelaki yang baik, sebabnya jenis yang tahu hukum & apply hukum Islam dalam hidup. Tapi, Adam bukan lelaki yang perfect. Sebabnya, kalau betul Adam ni sangat warak, takkan la dia still keluar berdua2an dengan Kaseh, ye x?? Selalunya kalau hero dalam novel perlulah perfect & takde sisi gelap. Baik, hensem, penyayang, kaya, bla3. Mane nak jumpa dalam realiti???Tapi aku suka dengan watak Adam nih, sabar je dia bantu Kaseh dengan menggunakan kata2 yang elok...
Kaseh Kaisara:
Heroin yang susah aku nak describe. Kalau ada dalam alam realiti, maybe aku akan jadikan idola (tu pun masa dia da berubah la). Sebabnya, dari seorang yang beragama Islam pada tahap zero (nil ok!! Maksudnya, dia tak tahu apa2 pun pasal islam), dia berubah jadi perempuan yang baik, yang tak tinggal solat, yang menutup aurat. Dari ber’spageti strap’ langsung ke jubah labuh. Dari peminum arak(siap ada stok lagi dlm bilik) & ’clubbing’ tegar, dia berubah menjadi perempuan yang cuma duduk diam di rumah, no more night life...
Watak2 lain:
Kaisara (adik Kaseh), Faiz & Dani (BFF Adam), Ain (kakak Adam), Abang Lambo @ Iskandar (penyebab Kaseh tinggalkan Adam), Shereen (perempuan yang jadi pilihan umi Adam)
Sinopsis Belakang Novel
Kata Adam Khalis:Hidup ini tak boleh berdasarkan ‘saya-suka-awak’ dan ‘awak-suka-saya’… and we live happily ever after – aman bahagia untuk selamanya. Tak semudah itu, Kaseh. Hidup ini ada duri dan ranjau.
Kata Kaseh:
Bagaimana kita berbeza macam langit dengan bumi; Kaseh tak kisah. Kaseh sanggup buang apa sahaja demi Adam; termasuklah tidak mewarisi harta benda daddy. Kaseh sanggup hidup macam orang biasa. Percayalah, Kaseh bersedia memberi semuanya, kerana sekali dalam hidup Kaseh, apa yang Kaseh ‘tahu’ apa yang Kaseh ‘mahu’ hanyalah Adam Khalis!
Kata Orang:
… opposite attracts. Bad girls go for good guys. True much? Tapi…sejauh manakah kebenaran teori ini? Boleh ke Adam – stok budak masjid, bertahan dengan Kaseh – playgirl of the century? Well, we’ll see, we’ll see! … opps, dan jangan lupa Adam bakal menjadi kekasih yang ke-34 Nur Kaseh Kaisara!
kalau nak baca bab awal novel nih silalah tekan...
TQ. Selamat membaca semua (comfirm takkan menyesal baca novel ni)
nanti aku nak baca gak suha....tp xsmpat2 agi..adoiii
ReplyDeleteyaa..baca jgn x bca..kak mira bwk
ReplyDelete