Monday, 30 April 2012

>--++-> video oh video....

Pada minggu lepas disebabkan penghawa dingin di makmal rosak kami diarahkan untuk pergi ke PTSL dalam hati " mesti Encik Azzwan nak tayang movie nih".Rupa- rupanya kami tengok 2 jenis video korporat yang menceritakan tentang UKM..

Bukan saje-saje tunjuk ye..kami diarahkan untuk membuat ulasan mengenai video- video tersebut.
Ini ialah ulasan atau komen dari kaca mata aku...


video 1 Dari Kaca Mata Pelajar

 


pada pendapat aku lah video nih sangat bagus kerana ia memberi gambaran sebenar kepada masyarakat mengenai kemudahan - kemudahan ,aktiviti pelajar dan nilai- nilai murni yang terdapat dalam kalangan pelajar dan warga UKM..
dengan adanya video ini ,ia akan dapat menarik minat para pelajar untuk memilih UKM bagi menyambung  pengajian mereka ...
tapi terdapat satu yang aku tidak setuju dengan video ini iaitu tempat dimana seorang 'Foreigner' wanita yang menaiki bas di hadapan KIOSK FEP.Setahu aku lah jalan tersebut ialah jalan sehala dan bas itu datang dari arah yang bertentangan dan tempat itu bukannya tempat menunggu bas.. thumbsdown


:65: video 2 Video Korporat UKM


:30:Bagi video nih pula,pada pandangan aku ia sangat bagus kerana menunjukkan kejayaan pelajar UKM dengan menunjukkan hasil pembelajaran mereka di UKM..

:22:Tapi mereka sepatutnya menunjukkan kesemua kejayaan pelajar bagi semua fakulti tetapi dalam video tersebut kebanyakkannya menunjukkan kejayaan bagi Fakulti kejuruteraan dan Alam Bina,Fakulti Sains dan Teknologi dan Fakulti Pendidikan..


:26:Ini sahaja ulasan dari kaca mata aku..mungkin setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza..

Tuesday, 24 April 2012

Review Novel...-----^--<<@ ikhlas, A.K

Hari ni tiba2 terasa nak menaip review novel kat sini.. Maybe sebab tak tahu nak nak post apa kat sini...Otak pun dah tepu dh dgn study tuk mid exam..aku nak crite ckit tentang novel Ikhlas A.K...
:65: ni ye punya cover


Tajuk: Ikhlas, A.K!
Penulis: Nirrosette
Harga: RM21.00 (Sem. Malaysia)/
RM24.00 (Sabah/Sarawak)

silalah baca ye punya jalan crite ye!!!!

Sunday, 22 April 2012

Nak Cerita Pun MALAS...

aku nih bab2 crite nih kureng ckit..
sebab tu kalau ada kawn sruh crita aku kata"malah r bca sndiri..
jadi aku tulis je..
korang nak tahu crite apa..Pada suatu hari............
    

Saturday, 21 April 2012

Jangan Menunggu....

Jangan apa?

Jangan menunggu BAHAGIA baru TERSENYUM, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia..
Jangan menunggu KAYA baru BERSEDEKAH, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya..
Jangan menunggu TERMOTIVASI baru BERGERAK, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi..
Jangan menunggu DIPEDULIKAN orang baru kamu PEDULI, tapi pedulilah tentang orang lain. Maka kamu akan dipedulikan..

Jangan menunggu orang MEMAHAMI kamu baru kamu memahami mereka, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu..
Jangan menunggu TERINSPIRASI baru MENULIS,tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu..
Jangan menunggu HOMEWORK baru BEKERJA, tapi bekerjalah, maka homework kamu akan menunggumu..
Jangan menunggu DICINTAI baru MENCINTAI, tapi belajarlah mencintai,maka kamu akan dicintai..

Jangan menunggu banyak RUANG baru hidup TENANG, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah…bukan sekadar ruang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya..
Jangan menunggu CONTOH baru bergerak MENGIKUTI, tapi bergeraklah,maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti..
Jangan menunggu BERJAYA baru BERSYUKUR,tapi bersyukurlah, maka akan bertambah kejayaan..
Jangan menunggu MAMPU baru MELAKUKAN, tapi lakukanlah..
Jangan menunggu sudah TUA BARU BERTAUBAT,kerana KEMATIAN menjemput bila-bila masa..

Renung-renungkan..

Berjalanlah dengan penuh HARAPAN walau hidup ini tidak selalu BAHAGIA..
SEDEKAHKANLAH satu SENYUMAN walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan.. BELAJARLAH memaafkan walau dirimu terLuKa.. BERHENTILAH memberi ALASAN walau ingin menyatakan KEBENARAN.. HIDUPLAH dalam IMAN walau hari dipenuhi DUGAAN..
BERPEGANGLAH kepada ALLAH walau DIA tidak KELIHATAN.................

Jangan Bersedih Wahai Hati...



Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.
Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.
Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.
Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda pernah tidak menghargai orang lain suatu ketika dahulu…

ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik..InsyaALLAH.


Ketika hati bersedih kita perlu untuk memilih..
Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebabu ntuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama oanrg yang bersabar.... (^____^)


Friday, 20 April 2012

Menghargai Saat Gembira....


If you wait too long for the perfect moment. the perfect moment will pass you by...


Kalau boleh buat magic...aku nak hentikan satu masa , saat di mana aku gembira dan orang lain gembira.....
Hentikan waktu, hentikan dunia dari berputar, hentikan jam dari berdetik ke nombor yang lain...Kalau masa dapat dihentikan begitu, aku nak tatap wajah orang yang aku sayang, aku nak tengok orang yang aku sayang gembira lama-lama....

Biar waktu itu berhenti di situ.

Syukur dalam beberapa saat itu sebab itu saja masa yang aku ada. Mungkin dapat kecapi waktu gembira itu lagi, atau mungkin tidak...

Ya, aku hargai setiap waktu yang aku ada untuk melihat orang lain gembira. Wajah-wajah gembira yang mengubat hati. Saat gembira yang boleh dirakam dan dilekat dalam ingatan...namun kian pudar...

Kisah Pensel & Pemadam.....




Pensil :47:: “Maafkan aku pemadam…”

Pemadam : “Maaf apa Pensil?? Kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan apapun kepadaku…”

Pensil : “Aku minta maaf kerana aku selalu membuatmu terluka. Setiap kali aku melakukan kesalahan, kamu selalu berada disana untuk menghapusnya. Namun setiap kali kamu membuat kesalahanku terhapus, kamu kehilangan sebahagian dari dirimu. Kamu akan menjadi semakin kecil dan kecil setiap masa…”

Pemadam : “Perkara itu memang benar…Namun aku sama sekali tidak merasa keberatan. Kau lihat, aku memang tercipta untuk melakukan hal itu. Diriku tercipta untuk selalu membantumu setiap saat kau melakukan kesalahan. Walaupun suatu hari, aku tahu bahawa aku akan pergi dan kau akan mengganti diriku dengan yang baru.

Aku sungguh bahagia dengan perananku. Jadi kau tak perlu khuatir. Aku tidak suka melihat dirimu bersedih…”

Apa kena mengena pemadam dan pensil dengan kita?

Pemadam adalah ibu bapa kita…
Pensil adalah diri kita sendiri….

Orang tua akan selalu ada untuk anak-anaknya…Untuk memperbaiki kesalahan anak-anaknya…

Namun kadang-kadang, seiring dengan perubahan masa …

Orang tua akan terluka dan akan menjadi semakin kecil…(Bertambah tua dan akhirnya meninggal).

Walaupun anak-anak mereka pada akhirnya akan menemui seseorang yang baru (Suami,isteri,anak dan keluarga mertua).

Namun ibu bapa tetap merasa bahagia atas apa yang mereka lakukan terhadap anak-anaknya dan akan selalu merasa tidak suka bila melihat buah hati tercinta mereka berasa sedih.

“Hingga masa ini…

Saya masih menjadi Si Pensil…
Perkara ini sangat menyakitkan diri saya…
Melihat “pemadam” atau ibu bapa saya semakin bertambah “Kecil” dan “Kecil” seiring dengan perjalanan waktu.

Kelak suatu hari…
Yang tertinggal hanyalah “habuk” si pemadam
Segala kenangan yang pernah saya lalui dan miliki bersama mereka…”


Hargailah Ibubapa anda selagi mereka masih bernyawa.Mereka penyuluh hidup kita.Jasa dan perngorbanan mereka tidak dapat dibalas dengan kata kata hanya kasih sayang sepanjang zaman yang diinginkan.

Tuesday, 17 April 2012

3 Jenis Hati

Hati terbahagi kepada 3 iaitu:
  1. Hati yang hidup
  2. Hati yang sakit
  3. Hati yang mati

"Oiii...manusia...engkau memang tak reti jaga aku. Aku hati tau....aku sakit dah ni..tak faham bahasa ke...sakit ni...ubatlah....aku nak ubat.."

Apabila kita merasa berat untuk melakukan amal dan mula merasa enak melakukan dosa dan tidak melakukan tuntutan Islam, kita berada pada tahap di mana hati kita merasa sakit.

"engkau jahat manusia...engkau tak bagi aku ubat....aku dah nazak dah nie...engkau tahu tak aku ni hati kamu...dah nazak sangat...engkau tak ubat hati aku nie...."

Apabila kita dah tak ingat mana dosa mana yang tidak...semua kita pakai hentam je dan sudah tidak ingat yang mana halal dan haram....mulalah hati kita makin lama makin malap perjalanannya, makin kusam akhirnya...hati kita berada tahap hati sudah mati. Waktu ni, memang tidak dapat buat apa-apa dah. Ini bermakna, Allah dah mengelamkan hati kita...dah tak terima cahaya-Nya kan...MasyaAllah..mintak-mintak dijauhkan....


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Di dalam tubuh manusia itu, terdapat segumpal daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuhnya, jika buruk daging itu, maka buruklah seluruh tubuhnya, maka ketahuilah bahawa segumpal daging itu ialah hati." (Hadis 40 An-Nawawi)

Thursday, 12 April 2012

Mengapa Allah SWT Mewajibkan Hambanya Menutup Aurat ?



:65: Inilah persoalan yang mesti dikaji agar ianya boleh menjadi pendorong untuk seseorang itu menutup aurat
:65: Sesungguhnya Allah tidak akan menyuruh hambaNya melakukan sesuatu untuk menyusahkan hambaNya tetapi untuk kebaikan hambaNya
Allah SWT mengetahui bahawa hamba-hambaNya mampu untuk melakukannya


:m:wanita itu sendiri adalah merupakan fitnah.Segala yang ada pada tubuh badan wanita itu sangat menarik sama ada bentuk badan dan rupa parasnya

:m:apalagi di akhir zaman ini adalah merupakan zaman pelbagai fitnah dan pelbagai kemungkaran telah berlaku di muka bumi ini. Jadi wajarlah sekiranya Allah SWT sangat menuntut agar manusia menutup auratnya.

:m:Dan sebahagian daripadanya adalah berpunca dari wanita . Diantaranya ialah pertandingan ratu cantik, peragaan, penyanyi, pelakon yang merelakan dirinya dipeluk atau apa sahaja sewaktu di hadapan kamera dan berbagai-bagai maksiat lagi



:u:ujian yang menyebabkan seseorang itu semakin jauh dari Allah ialah apabila datang ujian dari Allah dia merasakan ujian itu cukup menyusahkannya.

:u:Dan dia tertanya-tanya mengapa Allah SWT menguji dirinya sedemikian. Dan apakah dosanya?

:u:Dengan ujian itu bukan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT sebaliknya menjauhkan dirinya dari Allah SWT

:u:Setiap orang yang hendak melakukan kebaikan pasti akan diuji oleh Allah SWT

:65: Ujian dan Dugaan :66:


pertama:
berhadapan dengan bisikan nafsu dan syaitan yang melarang kita menutup aurat.Pelbagai bisikan yang mereka lakukan ke dalam hati setiap manusia.Oleh itu mereka hendaklah menepis akan bisikan tersebut.
Misalnya syaitan akan membisikkan ke dalam hati seperti :
"Buat apalah pakai tudung ,nanti orang menjauhkan diri dari aku.Orang kata aku mak ajilah.Macam orang tualah.Esoklah aku pakai, tutup aurat sebab aku masih muda,mati tu lambat lagi"
kedua:
Berhadapan dengan masyarakat sama ada menyokong atau menghalang.Oleh itu sebagai orang yang mahu melakukan kebaikan yang disuruh oleh Allah dia hendaklah bersabar bila berhadapan dengan bentuk ujian tersebut



:22:Bagi orang yang berjaya bersabar dalam menghadapi ujian ini Allah SWT akan balasi mereka dengan syurga.

:22:Bagi orang yang berhadapan dengan ujian berbanyaklah berdoa kepada Allah SWT semoga dengan cara itu Allah SWT akan melepaskan diri dari ujian dan meningkatkan iman di dadanya.

:22:Doa merupakan salah satu ikhtiar bagi setiap orang yang beriman.Orang yang berdoa bukan sahaja doanya akan dimakbulkan bahkan dia akan mendapat pahala pula di sisi Allah SWT.Orang yang sering berdoa dan berusaha akan dikasihi oleh Allah SWT





Thursday, 5 April 2012

Kartun nasihat ...

:60:jom ambil pengajaran dari komik di bawah :face40: :60:



situasi 1



situasi 2


* renung-renungkan dan selamat beramal (^___^)