Friday, 18 May 2012

Nak Pakai Cincin?? -----> Baca ini Dulu

Ramai dalam kalangan kita yang suka pakai cincin.Ikutlah cincin apa pun cincin tunang ke kahwin atau cincin plastik yang percuma dalam jajan k (aku suka beli jajan hanya nak dapatkan cincin tu)

Tapi sejauh mana pengetahuan dan pemahaman kita berkenaan isu pakai cincin ni..Jadi pada hari Jumaat yang mulia ini,aku ingin berkongsi sedikit info mengenai CINCIN..




Kenapa orang pakai cincin????

1. Kerana Allah dan Sunnah
2. Lambang Ikatan (tunang atau kahwin)
3. Pasangan Couple- couple (haihh..ape nak jadi ni)
4. Hobi pakai cincin
5. Ketagih nak pakai cincin (biar penuh sepuluh jari)
6. Nak menunjuk-nunjuk kat orang lain macam MAMI JARUM
7. Lain-lain sebab yang boleh terjadi

Anda dalam kategori no. berape??cuba jawab dalam hati

Tahukah anda terdapat jari yang tak boleh disarungkan cincin? Tak tahu? Cuba tengok orang sekeliling anda. Mesti ada yang pakai cincin di semua jari.
Kalau anda nak tahu, ada hadis pasal benda ni
|
|
|
|
|
V


Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw. Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu, kalau memakai cincin pakailah di jari

Jari manis
Jari kelingking (anak jari)


dan jangan -jangan memakai pada jari

Jari tengah
Jari telunjuk



TAPI KENAPA DAN KENAPA TAK BOLEH???

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.


aku rasa ramai yang dah tahu
tapi ramai juga yang masih pakai cara yang salah
tak tahulah kenapa
bagi yang dah tau tu teruskan
yang baru tahu lepas anda baca entri ni..
cepat-cepat tukar cincin ke jari manis atau kelingking
tak susah pun kan???
renung-renungkan dan selamat beramal

tahu tak baginda pakai cincin di tangan kanan
tapi tak menjadi kesalahan pakai di tangan kiri

Rasulullah memakai cincin di jari tangan kanan beliau.(HR Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Abu Syaikh)

1 comment:

  1. cincin.wah menarik entry nih,,boleh tmbh pngetahuan...

    ReplyDelete