Friday, 28 December 2012

CALL jAnGaN tAk CALL !!!




kalau ada simpton2 di bawah ni
cepat hubungi nombor yang tertera...


*renung-renungkan & selamat beramal ^____^

Friday, 21 December 2012

FeNoMeNa DuRiAn CrEpE...

sejak akhir-akhir nih, bukak je fb mesti post pasal durian crepe
makan durian crepe la, buat durian crepe la, 
dan "sape yang nak order durian crepe sila pm sy" pn ada
(aq dlm hati ape ke bendenye durian crepe)
aq mmg kirim salam awal2 la
mmg x bleh mkn kalau durian tu dah diolah jadi bende lain 
dengar pn dh rasa kembang tengkuk 
aq hanya bleh makan durian yg pure tu je
pulut durian k, pengat durian k dan seangkatn dengannya..aq xboleh makn
DURIAN j aq boleh mkn 
(xde tmbh perkataan lain kt depn dan blkg)
dan yg pasti aq bukannya hantu durian
kalau sekali ngadap tu,abislah sebiji

Thursday, 20 December 2012

LaGu BeSt...

Rahayudean -----> Lafazkanlah ost Samarinda Putera Rayyan
best lagu nih..
jom kita layanzzzzz

Wednesday, 19 December 2012

Adek aq yang BOLOX + SENGET


nilah adek2 aq
yang bolox skali yang belah kiri tu, adik aq yang bongsu,yang tengah tuk yang no3,dan laki tu no4
ramai x adik2 aq..korang ade
duk rumah asyik duk perang dgn dye j
 bukti kebolokkan dan kesengetan adik aq sorang nih

PeRiNgAtAn BeRsAmA ^___^



* renung-renungkan dan selamat beramal


Monday, 17 December 2012

ReViEw NoVel ---^--<<@ TPH

ok,pada malm yg indah ini aq nak buat review tuk novel TOLONG PIKAT HATINYA (TPH)
novel nih merupakan kesinambungan kepada novel KERANA DIA CINTA (KDC)
aq beli novel KDC nih masa aq lepas SPM rasanya, dah lunyai dah pun
dahlah lunyai penanda pun dh hilang,lau sebab aq xpe gk,nih org yang pinjm xbertanggungjwb..ni malah nk bagi org pinjam nih..nak pinjm buatlah gaya nak pinjam buku org
 dan novel yg paling aq syng

Thursday, 13 December 2012

ReViEw NoVeL ---^--<<@ USD,TPH

mesti korang pening apalah yang aq tulis kat atas tu,USD n TPH tu...
nama2 tu ialah singkatan bagi novel yg aq baru beli hari Ahad lepas kat MPH,
jeng2 buku yang pertama
|
|
|

mok, nok kelik !!!! :'(

memang dah tak tahan dah duk lama-lama kat UKM dan yang pasti aq nak balik rmh
jumpa mak,ayah,adik2 aq yang tak berapa nak betul tu kat rumah...
memang rindu giler2 dah kat diorang nih...

OrAnG.......


Tuesday, 4 December 2012

mErApU mErAbAn....^__-











(^_____^)   kerja ada tapi malas nk buat, tu pasal jadi xbetul gini nih...post entah apa2 

Sunday, 21 October 2012

AkU tErImA nIkAhNyA......

aku terima nikahnya Review Filem Aku Terima Nikahnya

seperti yang tertera kat poster tu, citer nih kuar kat panggung 11 oktober lps...
semua org duk citer pasal movie nih..
yang xboleh bla lelaki pun sama naik nk tgk movie nih..
aq pun godek2 lah cari die punya trailer dan sinopsis,nak tahu jgk movie nih pasal apa..
dan yang pasti aq pun terjebak sekali untuk tonton movie nih kat alamanda pada hari rabu lps dengan rumateku n the gang..
lepas je kelas hubungan etnik tu,balik bilik, solat, ambik kawan kat keris mas sorang, ibu zain sorang n kat pusanika sorang (berterabur skali)..
kitorang sampai dlm kul 8suku dan movie nih start kul 8stengh..
nasib baik ada lagi tiket p duk barisan ke3 depan lah..habis lenguh tengkuk aq..
movie nih boleh tahanlah,xboring tu kira ok la..
p ada part sedih yg masa johan kemlangan dan hilang ingatn( sape x sedih suami sendiri x ingt kiter,org lain boleh plk dye ingt)..
aq nih jenis yg xde perasaan sikit, so, tgk pun mcm biasalah..xdelah sampai ambik tisu kesat air mata tu (ada budak laki tu barisan depan aq,siap bertisu-tisu lagi kesat air mata)..
untuk movie nih aq boleh bagi 3/5 bintang...
haa satu lagi, adi putra ada sumbangkan suaranya untuk cerita nih..
rumate aq siap suruh download lagi..
kat bawah nih aq sertakan sekali trailer movie nih..
|
|
Y


Di SeBaLiK MaJiS PENGIJAZAHAN UNIVERSITI


Disebabkan sekarang nih minggu majlis konvokesyen sedang berlangsung di DECTAR, UKM ( nk konvo gk, 2thun lagi..sabar2) jadi aq share kat korang semua artikel mengenai " DI Sebalik Majlis Pengijazahan Universiti "


Majlis pengijazahan tinggi martabatnya dalam tradisi keilmuan di seantero dunia. 
Dalam majlis menyambut kejayaan penuntut dalam bidang masing-masing ini, graduan akan menyarung jubah dan diletakkan di atas kepala topi akademik (mortar board). 

Dan kemudian siap sedia untuk menerima segulung ijazah daripada universiti.

Namun begitu, kini ramai yang beranggapan bahawa etika pemakaian dan pengijazahan ini hanyalah upacara rasmi universiti tanpa ada makna pengiktirafan ilmu.
Ada juga beranggapan bahawa ia upacara yang dicedok sepenuhnya daripada Barat. Jika begitu, dari mana asal tradisi ini dan apakah semangat di sebalik pemakaian topi akademik, jubah dan penerimaan ijazah?

Saya terpanggil untuk menerangkan secara ringkas empat aspek utama dalam majlis pengijazahan universiti yang perlu dihayati setiap graduan supaya berbekas dalam hati sanubari bahawa mereka sebenarnya membawa tanggungjawab yang berat.
Mereka memikul amanah guru untuk menyampaikan ilmu mereka kepada orang lain di samping menghargai sumbangan tamadun Islam dalam membentuk tradisi keilmuan dunia.


Tradisi pengajian hadis, tafsir

Istilah ijāzah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud "kebenaran atau keizinan yang diberikan oleh guru kepada penuntut untuk menyampaikan ilmu yang dipelajari" (license to teach). 
Tradisi yang asalnya diamalkan dalam ilmu hadis dan tafsir ini dibangunkan sejak abad ke-4 Hijrah atau ke-10 Masihi. 

Kemudian, pada abad ke-12 Masihi, tamadun Eropah Kristian mencedok masuk ke dalam sistem pendidikan mereka dengan menggantikan istilah ijazah kepada licentia docendi.


Namun konsep itu mula dipisah-pisahkan kepada sijil, diploma, izajah dan seterusnya. Berbanding licentia docendi yang hanya dikurniakan oleh universiti, penganugerahan ijāzah terletak pada hak guru. 
Ini membuatkan guru pada waktu itu amat bersungguh-sungguh mendidik penuntut kerana mereka bertanggungjawab terhadap apa yang diajar dan apa yang akan diajar oleh anak murid mereka kepada orang lain. 

Para penuntut pula bersungguh-sungguh mendalami ilmu untuk mendapatkan pengiktirafan daripada guru. Tempoh untuk mendapatkan ijazah juga tidak tetap kerana bergantung kepada prestasi penuntut untuk meyakinkan guru. 

Inilah faktor penting mengapa taraf pendidikan dan budaya ilmu dalam tradisi pendidikan Islam dapat dikekalkan.

Kandungan dalam ijazah pula akan dimulakan dengan basmalah, puji-pujian kepada Allah dan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat serta potongan ayat al-Qur'ān yang menyebut tentang ketinggian taraf orang yang berilmu. 
Contohnya surah al-Zumar ayat ke-9. Kemudian guru akan menyatakan namanya dan berterima kasih kepada guru sewaktu mereka masih menuntut , nama penerima ijazah, akhlak serta prestasi penerima semasa menuntut ilmu dan pelbagai maklumat yang memaparkan jalur pewarisan ilmu (silsilah) mereka. 

Ijazah kebiasaannya akan diberikan dalam bentuk buku kecil yang mengandungi maklumat hingga mencapai dua puluh muka surat dan lebih berbanding sijil zaman ini dalam sehelai kertas yang digulung tanpa nama guru yang mendidik mereka.


Al-Quran di atas songkok


Dalam tradisi pendidikan Islam, apabila seseorang itu layak diijazahkan, mereka akan memakai penutup kepala seperti kopiah atau songkok kemudian di atasnya akan diletakkan al-Quran (kini diganti dengan lapisan tebal berbentuk segi empat) dan kemudian diikat pada kepala si penerima ijazah.

Ia sebagai simbol ketinggian ilmu yang dimilikinya dan berikrar akan menyampaikan ilmu yang dikuasainya dengan tulus ikhlas dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ilmu yang dimiliki. 

Menariknya jika dilihat zaman ini, ramai graduan secara berjemaah melontar topi mereka ke udara dengan muka yang ceria mungkin merasakan itu sekadar topi sahaja.

Jubah yang dipakai oleh penuntut dan guru mengikut warna masing-masing bertujuan membezakan orang awam dengan penuntut ilmu dan ilmuwan. Terdapat juga kisah di mana seorang menteri perlu menukar jubah menteri kepada jubah sarjana bila ingin membacakan hadis kepada pendengar. 
Jika seorang itu layak mengajar, mereka akan disarungkan jubah yang digunakan oleh ilmuwan dan upacara ini masih diteruskan sehingga kini, terutamanya penganugerahan kepada penerima ijazah doktor falsafah.

Justeru itu, seperti mana mereka tidak dibenarkan meletakkan al-Qurann di atas kepala dan menyarung jubah akademik sehingga mereka benar-benar layak, seperti itu juga para penuntut universiti kini dilarang memakai jubah dan topi akademik sebelum mereka layak memakainya. 
Begitulah ketinggian budaya ilmu yang dipaparkan dalam tradisi pendidikan Islam demi menjaga kesucian ilmu dan para graduan seharusnya menjiwai setiap maksud yang terkandung di dalam majlis pengijazahan ini.

Hari yang bersejarah ini sebenarnya bukanlah hari teristimewa antara graduan dengan keluarganya mahupun rakan sekuliah walaupun tidak dinafikan mereka juga penting, tetapi saat intim antara anak murid dengan guru untuk mengimbau pengembaraan ilmu mengajar dan belajar.

Dengan mendalami setiap perkara di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa setiap peri laku dan pemakaian dalam majlis pengijazahan membawa makna mengiktiraf ketinggian ilmu.
Selain itu, tujuan mendapatkan ijazah untuk menyampaikan ilmu dan melaksanakan amanah yang diberikan oleh guru. 

Namun, kini, apabila tujuan mendapatkan ijazah ditumpukan semata-mata hanya kepada kemahuan ekonomi dan pasaran kerja hingga makna ilmu itu tidak meresap ke dalam diri masing-masing; maka terjadilah gejala yang tidak menzahirkan nilai kesarjanaan.

Ia antaranya menari beramai-ramai di depan Dewan Canselor dan pelbagai sambutan yang didorong dengan hawa keseronokan walhal waktu ini mereka dihormati sebagai bakal ilmuwan, bukan penghibur. 

Oleh itu, adalah wajar ditanya kepada kesemua graduan, adakah kita berhak mendapat penghormatan sebagaimana dibincangkan di atas?


Artikel tulisan mantan Mohamad Firdaus Pozi, calon sarjana sains Universiti Kebangsaan Malaysia 
( Mantan EXCO Latihan & Kepimpinan PMUKM 2009/2010 )

Saturday, 20 October 2012

Bulan ZULHIJJAH

Assalamualaikum,
aq rasa dah lama dah aq x menulis apa2 kat blog aq nih...post terakhir aq masa bulan Ramadhan. Bulan Syawal dan Zulkaedah pun dah lepas dah sekarang kiter berada pada bulan Zulhijjah iaitu bulan umat Islam menunaikan ibadah haji dan menyembelih korban. Bulan Zulhijjah juga salah satu daripada bulan haram.

                                      

 Sabda Nabi s.a.w, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut ?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (Hr Bukhari)

Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amalan-amalan yang lebih dicintai ALLAH selain amal yang dikerjakan pada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, maka perbanyakanlah padanya tahlil (La ilaha illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)". (HR Imam Ahmad)

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah). Maka jawab Rasulullah s.a.w. "Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang". (HR Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (HR Muslim)

Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulanglah dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti 
 telah menjalankan agama kita." (HR Muslim)

Akhir sekali bagi mereka yang sedang menunaikan ibadah haji, semoga mendapat haji yang mabrur
Aminn...



Tuesday, 24 July 2012

RAMADHAN ....

Alhamdulillah..akhirnya,ada jugak post yamg aku nak tulis pada hari ini,setelah sekian lama blog ni dah usang lagi bersawang..
Bersempena dengan bulan Ramadhan ini aku ingin kongsikan video dan gambar yang aku peroleh dari pak cik GOOGLE..sepatutnya kita hendaklah berasa bersyukur kepada Allah kerana kita masih diberi peluang untuk berjumpa dengan Ramadhan:

Bulan yang penuh keberkatan
Bulan yang penuh kemuliaan
Bulan dimana syurga merindui ahlinya..

Semoga kita tergolong dalam kalangan ahli syurga... INSYAALLAH






we love you Ramadhan
we miss you Ramadhan
we love you Ramadhan
we miss you Ramadhan   
 
Ramadhan is the month of mercy
Ramadhan is the month of fasting
Ramadhan is the month of giving
Ramadhan is the month and helping those in need
.........................   
Walaupun hari ini dah Ramadhan ke-4 dan mungkin dah terlambat, tapi aku tetap nak ucapkan
" SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL- MUBARAK"
ok,bye... :c:

Friday, 15 June 2012

JaDiKaN hArI iNi LeBiH bAiK dArI sEmAlAm

Apalah nilai harta tanpa disertai Iman,
apalah nilai kedudukan dan kehormatan tanpa takwa?

  Iman Mutiara


Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah
  

 

Sesungguhnya kelmarin adalah impian yang lepas,sementara esok adalah cita-cita yang indah....

Sedangkan hari ini adalah kenyataan yang sedang terjadi...

 

*mulakan hari-hari anda dengan gembira dan jadikan hari-hari yang mendatang sentiasa yang terbaik* 

(^______^)

Sunday, 10 June 2012

HoW To HaNdLe EXAM !!!!

 Before exam!!!
 
 Study is a bored activity
sleeping in class


Chit chat in class


Sitting in class while the mind still in garden