Bila ingat balik, macam-macam perangai masa jadi budak sekolah dulu. Antara perkara yang paling selalu buat dan wajib dikuasai oleh setiap murid-murid adalah cari alasan bila kerja rumah tak siap..
Siapa suruh malam-malam bila emak layan cerekarama engkau pun sibuk pergi join sekaki? Pagi-pagi pergi sekolah barulah terhegeh-hegeh pinjam buku kawan nak tengok jawapan. Tak sempat habis tiru, cikgu dah suruh kumpul buku.
Apa lagi terpaksa lah jumpa cikgu, buat alasan macam-macam. Tersalah ikut jadual tahun lepas lah, penyamun masuk rumah curi buku sekolah lah. Kalau mood cikgu tu tengah baik tak apa. Dibuatnya malam tadi dia baru lepas bergusti dengan laki, mahu pecah gegendang telinga kena tarbiyah T________T..kalau nasib lagi tak baik pula siap kena buat kereta api keliling blok dan jalan itik la..
Perangai yang kedua adalah: cikgu mengajar dekat depan, kau buat hal sendiri dekat belakang.

Perangai ni siapa tak pernah buat memang tak fun lah zaman persekolahan. Masa cikgu mengajar tu lah kau tiba-tiba rajin nak baca novel, magazine, tengok katalog pasaraya (?) biasanya dekat asrama membuta je kerjanya. Sekali kena tanya, ternganga tak tahu nak jawab apa.
Kalau ingat2 balik jahat jugak aku nih masa kat sekolah,biasa je langgar peraturan asrama...tapi tu yang buat seronok tu tinggal kat asrama...malam minggu memang tidur lambat la duk buat "ketupat".. RINDUNYA ZAMAN SEKOLAH DULU kat SMTT (Sek.Men.Teknik Terengganu) rindu kat ketua dorm yang selalu bengang dengan junior budak form 4 yang selalu buat masalah..time buat meeting dorm memang masam giler r muka nak tegur pun takut..aku dengan kawan aku duk gelak jer kerja..orang buat meeting dorm memang tak pernah serius..
penghuni GAMMA 6
nih gambar masa hari last di SMTT sampai sekarang memang tak pernah jumpa.
semua tinggal jauh2..
yang depan pakai baju oren tu lah ketua dorm aku
time dia bad mood baik jangan tegur,
kalau tegur pun memang ye buat tak tahu j
dan dia nih peminat fanatik SS501
nih gambar semasa pergi pantai tapi tak ingat nama pantai tu
yang pasti dekat merang,setiu..
kelas 5KP1 08/09
diambil semasa reunion 1kat KFC Pantai Batu Buruksedih..aku tak dapat datang masa nih..jauh
harap dapat datang semasa reunion 2 pada tahun nih...
ni pula gambar kawan dekat matrik pahang
ni pun kawan dekat matrik pahang
* bila la kita dapat jumpa lagi






wah jht rupenye suha nih dulu...ngeh3..
ReplyDeletetp aku pun sama gak mmg de buat mcm tu...
seriusly,sangat rindu zaman sekolah...>_<
biasa r masa wak kje jahat nih dah senior..masa junior dulu jadi budak baik..ikut peraturan..
ReplyDelete