Saturday, 8 February 2014

:: Aku Cinta Masalah

Apakah matlamat hidup kita?
semestinya kita ingin berjaya di dunia dan akhirat bukan?
semua ini adalah pilihan kita. 
Kita yg menentukan masa depan kita.
Dalam kehidupan ini, memang fitrah untuk kita menghadapi cabaran hidup yang susah 
tetapi ini semua bergantung pada cara tafsiran minda kita.
Setiap masalah yang melanda kita akan menjadi satu bebanan sekiranya pentafsirannya bersifat negatif.
Ingat, ALLAH S.W.T tidak menzalimi mana2 hambaNya,
sebenarnya manusia itu sendiri yang menzalimi diri mereka.


Matlamat hidup kita ialah mengiginkan kehidupan yang lebih bahagia, bebas, dan tenang
Tetapi ingat, hidup kita di atas muka bumi ini bukanlah untuk mengubah dunia kita 
tetapi mengubah diri dengan mengubah persepsi hidup.
Sekiranya persepsi minda dah kena gayanya dengan menganggap 
segala permasalahan dilabelkan sebagai peluang,
maka kita akan cintakan masalah dan mengalu-alukan masalah dalam kehidupan kita..

Masalah adalah peluang dan saya cintakan masalah kerana:
* Mendekatkan diri kita pada Sang Pencipta (Allah S.W.T)
*Mematangkan diri "jati diri" (potensi diri)
* Mematangkan diri (pengawalan emosi)
* Proses pembelajaran (ilmu/pengalaman/disiplin & membina prisip diri)
*Kifarah (Allah nak buang dosa-dosa kecil kita melalui ujian-ujian)
*Peluang untuk bermuhasabah diri
* Bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T

Oleh itu kita faham bahwa segala kerumitan atau masalah yang melanda diri ini kitalah puncanya,
maka kita perlu bertindak dgn bijak untuk memperbaiki cara persepsi minda kita..
Persepsi yg positif akan memberi semangat pengertian hidup 
yang lebih bermakna walaupun 
masalah yang melanda kita amat berat.


No comments:

Post a Comment