kenapa 16 Mei ?
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.
Guru adalah insan paling berjasa buat kita semua, mereka mendidik mengasuh tanpa penat dan jemu, Guru, adalah profesion yang mulia disisi Islam kerana mereka adalah insan-insan yg berhati mulia, insan yang penuh dengan kasih sayang,tak pernah jemu dalam mendidik anak bangsa walaupun kelihatan mereka seperti garang, tidak semua guru begitu, masing-masing ada cara tersendiri. Peribadi yang ditunjukkan kepada anak didik itu, mungkin akan menjadikan mereka sebagai ikutan (role model) suatu hari nanti.
Yang pasti sebagai seorang pendidik mereka sedaya upaya menggalas tanggungjawab yang diberi dengan penuh amanah dan dedikasi. Tak pernah pula mereka merunggut dengan apa yang telah mereka curahkan sehingga ke hari ini.. Sudah pasti, apa yang mereka mahukan adalah melihat kejayaan anak-anak didik mereka. Mereka bukan sahaja tekun tetapi semangat mereka juga tidak penah luntur dek klorox yang menghakis warna dibaju. Sudah pasti mereka berbangga dengan kejayaan pelajar-pelajar mereka, bukan sahaja dari segi akedemik malahan peribadi pelajar-pelajar mereka juga. Itulah hasrat seorang guru.
Buat cikgu-cikgu yang mengenali diri ini, di tempat-tempat ini:
Tabika KEMAS Seberang Jerteh (1998)
Sekolah Kebangsaan Padang Luas (1999-2004)
Sek.Men.Keb. Agama Wataniah Besut (2005-2007)
Sek.Men.Teknik Terengganu (2008-2009)
Kolej Matrikulasi Pahang (2010-2011)
Universiti Kebangsaan Malaysia (2011-sekarang)
SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu yang pernah mengajar diriku, Halalkan ilmu yang saya pelajari dan saya memohon kemaafan dari cikgu-cikgu semua. Maafkan saya ya cikgu-cikgu sekalian.. Semoga hidup cikgu semua diberkati Allah dan dilimpahkan rezeki dariNya dan semoga cikgu-cikgu semua gembira disamping keluarga tercinta
(tulus dari anak didikmu, nasuha)
Tema Hari Guru 2012
"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"
*Mesti kat sekolah2 meriahkan hari ni? bestnya sambutan hari guru
No comments:
Post a Comment