Sunday, 23 June 2013

Monday, 10 June 2013

TaKe My HeArT ^____^

lagu nih, lirik dye sangat lah sweetzz
jom kita nyanyi sama2...


Soko --> Take My Heart 

You can take my heart for a walk on the beach
You can take my heart for a little trip
You can take my heart very close to your heart
You can take my heart forever if you like
But not every heart belongs to any other.....

Saturday, 8 June 2013

Pengharaman Riba dari Pandangan Pemikir Ekonomi Islam

PENGENALAN RIBA
Maksud riba
--> merupakan sebarang tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh dan tambahan dalam pertukarann barangan tertentu (barang ribawi). Ia merangkumi merangkumi riba daripada hutang (riba ad-Duyun) dan riba melalui pertukaran barangan ribawi (riba al- Buyu’)
1)Riba’ ad-Duyun
         Riba jenis ini adalah riba’ yang muncul dari hutang. Ia merupakan lebihan yang terhasil disebabkan tempoh. Ia terbahagi kepada dua iaitu:
  •       Riba al-Qardh: Iaitu sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan ke atas pemberian jumlah pinjaman pokok. Syarat ini dibuat pada awal kontrak pinjaman. Ia dikenakan oleh pemberi pinjam kepada yang meminjam. 
  •       Riba al-Jahiliyyah: Merupakan kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah pokok, yang dikenakan oleh pemberi pinjam kepada peminjam akibat si peminjam gagal membayar pada tempoh yang telah dipersetujui.

2)Riba’ al-Buyu’
         Riba’ jenis ini pula muncul daripada jual beli barangan ribawi. Ia merupakan ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran 2 barang ribawi atau pertukaran tersebut dibuat secara tangguh. 
  •       Riba’ an-Nasi’ah: Ia merupakan jual beli atau pertukaran 2 barangan riwabi yang sama jenis dan pertukaran tersebut dibuat secara tangguh (tidak sempurna dalam 1 masa).
  •       Riba al-FadhlMerupakan jual beli atau pertukaran antara 2 barangan ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat (jika dijual dengan timbang) atau kuantiti (jika dijual secara bilangan kuantiti).
DALIL PENGHARAMAN RIBA
1.Al-Quran
Surah ar-Rom: 39
  •        Maksudnya: riba yang kamu berikan dengan tujuan menambah harta manusia, sebenarnya tidak menambah pada sisi Allah; tetapi zakat yang kamu keluarkan dengan maksud mendapat keredhaan Allah adalah mereka yang mendapat pahala ganda 
Surah Ali Imran: 130
  •        Maksudnya: hai orang-orang yang beriman jangan memakan riba berganda-ganda dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan
Surah al-Baqarah: 27 
  •        orang-orang yang memakan riba tidak mempunyai pendirian, melainkan sebagaimana orang yang dirasuk syaitan. Hal demikian berlaku akibat dari kenyataannya; perdagangan sama dengan riba Allah telah menghalalkan perdagangan dan mengharamkan riba

2). Hadith

H.R Bukhari no 2034, kitab Al Buyu’
  •        Rasullullah s.a.w melarang penjualan emas dengan emas dan perak dengan perak kecuali sama beratnya, dan membolehkan kita menjual emas dengan perak dan begitu juga sebaliknya sesuai dengan keinginan kita.”

H.R Muslim no. 2995, kitab al-Masaqqat
  •         jabir berkata bahawa Rasullullah s.a.w mengutuk orang yang menerima riba, orang yang membayarnya, dan orang yang mencatatnya, dan dua orang saksinya, kemudian beliau bersabda,” Mereka itu semuanya sama.”

Hadis Al-bukahri Dan Muslim, Diriwayatkan Dari Abu Hurairah R.A.
  •       Rasulullah S.A.W. Bersabda:“Jauhilah kamu daripada tujuh dosa-dosa besar: Syirik kepada Allah dan Sihir, bunuh manusia yang diharamkan darahnya oleh Allah kecuali dengan hak, memakan (hasil) riba, memakan harta anak yatim,melarikan diri waktu datang serangan musuh dan menuduh wanita mukminah yang suci tetapi lalai.”


PANDANGAN PEMIKIR EKONOMI ISLAM TERHADAP RIBA’

PANDANGAN IBN TAIMIYYAH
  •          Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa amalan bunga/riba’ sangat jelas dilarang dalam Al-Quran dan tidak ada perbezaan pandangan antara para penganut Islam tentang masalah ini. Bunga itu dilarang kerana memberi kesusahan kepada orang yang memerlukan wang .
  •      Ibnu Taimiyah mengatakan dua fungsi penting wang adalah sebagai alat pengukur dan alat pertukaran, dan beliau menentang perdagangan wang, kerana itu akan mengalihkan fungsi wang dari tujuan sebenarnya. Jika wang boleh ditukar dengan wang, pertukaran itu harus serentak (taqabud) dan tidak ada penangguhan (hulul).


PANDANGAN AL-GHAZALI
  •         Al-Ghazali telah memperkenalkan mata wang dinar dan dirham bagi mengatasi masalah sistem barter.
  •        Mata wang dinar dan dirham berfungsi sebagai alat pertukaran dan alat pengukur nilai.
  •        Sekiranya riba’ diamalkan maka ia akan menyebabkan fungsi mata wang tidak berlaku .
  •        Menurut Al- Ghazali riba’ secara terselindung boleh berlaku dalam 2 keadaan:

                1) Riba’ Al- Nasiah                2) Riba’ Al- Fadhl
  •      Pengamalan riba’ dalam masyarakat juga akan menyebabkan masyarakat memulakan kegiatan menyorok wang.
  •        Riba’ juga tidak dibenarkan dalam pertukaran barangan makanan (kurma, barli, garam, gandum)


PANDANGAN AR -RAZI
  •          Pertama, kerana riba bereti mengambil harta si pemimjam secara tidak adil.
  •       Kedua, dengan riba seseorang akan malas bekerja dan berniaga kerana hanya  perlu tunggu wangnya berbunga. Imam Razi megatakan aktiviti pengeluaran dan perdagangan akan lemah.
  •      Ketiga, riba akan merendahkan martabat manusia kerana untuk memenuhi hasrat dunianya seseorang itu tidak segan silu memimjam dengan bunga yang tinggi walaupun akhirnya dikejar penagih hutang.
  •         Keempat, riba akan membuat yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin.
  •         Kelima, riba memamng dilarang oleh Al-Quran dan As-Sunnah.
ISU BERKAITAN DENGAN RIBA
1.Kemerosotan dalam bidang pelaburan
  •              Riba yang tinggi memusnahkan daya penarik pelabur, yang menyebabkan kemerosotan dalam perniagaan. Ini menyumbang kepada kehilangan peluang pekerjaan dan pendapatan.

2.Riba memusnahkan kekayaan
  •               Terbukti apabila riba memusnahkan ekonomi dunia. Ini kerana, riba menyebabkan kuasa beli dan daya guna menjadi lemah. Akibatnya, kejatuhan permintaan barangan dan kemerosotan pelaburan.
3.Riba melemahkan ekonomi
  •              Persepsi orang ramai mengenai simpanan wang di bank akan memberikan pulangan yang tinggi hasil daripada pelaburan modal dalam sektor industri dan perdagangan sebenarnya salah. Sebaliknya keuntungan yang diperolehi adalah daripada pelaburan bank di dalam sekuriti kerajaan. Oleh itu, wang menjadi tidak produktif memandangkan ianya tidak bergerak dalam pasaran. Ini ditegah di dalam Islam melalui ayat berikut :
“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak (duit) serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
(at-Taubah: 34)


RIBA’ DALAM PERBANKAN ISLAM

Sistem perbankan dalam sistem kewangan yang dikenal pasti paling banyak menjalankan urusan riba' seperti:

pinjaman rumah
pinjaman kereta
pinjaman wang tunai
pinjaman pelajaran dll

Dalam sistem perbankan konvensional, faedah dikenakan ke atas peminjam, bermakna peminjam terpaksa membayar dalam jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah sebenar yang dipinjam. Jika peminjam gagal membayar pada tempoh yang ditetapkan, jumlah faedah yang dikenakan juga akan bertambah tinggi dan sekiranya si peminjam gagal juga membayar pinjaman tersebut, bank dengan mudahnya akan membawa kes tersebut ke mahkamah yang seterusnya boleh membawa kepada perisytiharan muflis terhadap si peminjam.

Sebagai contoh di Bank Konvensional hari ini
  •     Atas permintaan si pelanggan B, Bank A memberi pinjaman RM 100,000 kepada pelanggan B, tetapi Bank A menetapkan bunga atau faedah sebanyak 8% daripada jumlah pinjaman itu ( RM 8,000) di bawah nama interest bagi membolehkan pelanggan mendapat wang yang diperlukan. 8% ITULAH YANG DINAMAKAN RIBA AD-DUYUN JENIS AL-QARD.

RUJUKAN
  • S. Mohammad Ghazanfar. Abdul Azim Islahi. Economic Thought Of Ghazali
  • Abd. Jalil Borham. Industri Perbankan & Kewangan Islam. 2009. Penerbit Universiti Malaysia Pahang. Pahang.
  • Azlan Khalili Shamsuddin dan Siti khursiah Mohd Mansor2006. Pengantar Ekonomi Islam
  •  iBook Publication Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
  • Dr. Ahmad Muhammad al-’ Assal dan Dr. Fathi Ahmad Abdul Karim. 2005.  EKONOMI ISLAM: Prinsip-Prinsip dan Matlamat. SERAMBI TIMUR SDN. BHD. Kuala Lumpur.
  • Ir. H. Adhiwarman A. Karim,S.E., M.B.A., M.A.E.P. 2001. Ekonomi Islam Suatu Kajian Kontemporer. GEMA INSANI PRESS. Jakarta.

* ni serba sedikit mengenai riba yg aq n kump aq kena buat tuk esaimaen PPEI (Perkembangan Pemikiran Ekonomi Islam)

WhY i LoVe My FrIeNdS ??


setiap sorang mempunyai ragam masing2
menjadikan hariku ceria seperti pelangi
I LOVE ALL OF YOU



Friday, 7 June 2013

Thursday, 6 June 2013

SeMuA dIjEmPuT hAdIr ^_-

Dengan izin Ilahi, kami menjemput Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
dan keluarga untuk memeriahkan
RAMADHAN AL-MUBARAK
yang bakal bertamu tidak lama lagi


Semoga berjumpa nanti,
di bulan mulia bertaut hati.... :)