aq start cuti sem 1 pada 18 jan (mlm tu bru aq blik) dan aq masih lagi ada di KBH yg tercinta,dgn air pn xde
(sekali jea la aq mandi dlm sehari tu)
jadi bagi meghilangkn keboringan aq kat bilik tu sorang (kwn2 semua dh blik :(
aq tlh merajinkn diri tuk godek2 crita katmaaduu.com
dlm bnyk2 drama korea yg ada, aq tlh memilih drama I MISS YOU
drama nih memg tdk menghampakan
tersangat-sangat lah best & sngt sedih sehingga bleh mengalirkn air mata
(tapi aq tak lah )
sanggup aq tak tido mlm tu dan dpt habiskn sampai 8 episod
pada hari ahad tu aq dah dapt habiskn 21 episod citer nih ^___^
sinopsis I MISS YOU
ia mengisahkn mengenai Soo-Yeon yang berumur 15 tahun yang sentiasa menjadi mangsa buli di sekolah dan semua pelajar tidak ingin menjadikannya sebagai kawan kerana ayah Soo-Yeon seorang pembunuh. Semua pelajar di sekolah memanggilnya no 27. Sehinggalah Soo-Yeon berjumpa dgn Jung-Woo secara tidak sengaja di taman permainan dan Soo-Yeon sangat teruja kerana hanya Jung-Wong seorang sahaja yang memanggilnya Soo-Yeon dan ingin menjadi kawannya. Di sekolah pun Jung-Woo yang melindunginya dari menjadi mangsa buli dan akhirnya mereka saling menyintai. Mereka telah terpisah disebabkan oleh satu penculikan yang telah menculik Jung-Woo dan Soo-Yeon. Disebabkan oleh penculikan itu hanya Jung-Woo sahaja yang dapat melepakan diri dan Soo-Yeon menghilang. Semua orang menganggap bahawa Soo-Yeon telah meninggal dan Jung-Woo masih percaya yang Soo-Yeon masih hidup.
14 tahun kemudian mereka bertemu kembali. Jung-Woo menjadi seorang detektif dan masih menunggu Soo-Yeon dalam hidupnya.Soo-Yeon pula telah menukarkan namanya kepada Joy menjadi seorang pereka fesyen terkenal di Perancis dan dia tidak ingin mengigati kisah silamnya sebagai Soo-Yeon yang banyak meninggalkan kenangan pahit dalam hidupnya. Harry iaitu Hyung-Joon kekasih Soo-Yeon yang sentiasa berada bersamanya selama 14 tahun itu. Hyung-Jong merupakan pak cik Jung-Woo dan Hyung-Jong ingin membalas dendam kepada keluarga Jung-Woo melalui Jung-Woo kerana telah menyebabkan ibunya meninggal dan dia terpaksa hidup menderita disebabkan ayah Jung-Woo yang terlalu taksub dengan duit simpanan datuknya di Switz yang berada dengan mak Hyung-Joon.
Disebabkan dendam diantara mereka Soo-Yeon dan Jung-Woo turut menjadi mangsa. Setelah mak Hyung-Joon betul2 meninggal (sebelum nih disorok oleh ayah Jung-Woo di hospital sakit jiwa). Matlamatnya untuk membalas dendam kepada keluarga Jung-Woo telah bertukar dan dia hanya ingin Soo-Yeon dalam hidupnya. Harry telah bertukar menjadi seorang yang kejam dan dia sanggup bunuh Soo-Yeon kalau Soo-Yeon tidak mengikutnya dan dia juga telah perangkap Soo-Yeon dalam kes pembunuhan yang dilakukannya.
cerita ini berakhir di mana Harry telah menculik Soo-Yeon dan membawanya ke gudang di mana ia merupakan tempat dimana Soo-Yeon dan Jung-Woo dikurung semasa mereka diculik pada 14 tahun dulu. Keadaan semakin tegang bila Jung-Woo sampai di gudang tersebut. Semasa mereka semua berada di gudang tersebut, Harry telah mengigatkan Soo-Yeon mengenai kejadian di gudang tersebut dimana Jung-Woo telah meninggalkannya di gudang tersebut dan hanya menyelamatkan dirinya sahaja. Ia telah menyebabkab Soo-Yeon berada dalm ketakutan. Melihat Soo-Yeon seperti itu, Jung-Woo menyuruh Soo-Yeon untuk mengangkat kepalanya. Harry yang berhasil membuat Soo-Yeon ketakutan menyuruh Soo-Yeon memandang kearahnya.
" dia lelaki yang meninggalkanmu dan melarikan diri, kerana lelaki seperti dia, KAU MENCAMPAKKU?!" bentak Harry yang tambah membuat Soo-Yeon ketakutan.
Jung-Woo meminta Soo-Yeon untuk memandang kearahnya
"aku bukan Han Jung Woo berusia 15 tahun. Lihat aku!Aku takkan meninggalkanmu apa pun yang terjadi"
Apabila Soo-Yeon memandang Jung-Woo, tapi ingatnnya kembali saat dimana Jung-Woo masih berumur 14 tahun dimana saat Jung-Woo meninggalkannya di saat Soo-Yeon memanggil nama Jung-Woo. Ingatan tersebut kembali membuat Soo-Yeon ketakutan sehingga dia berusaha untuk menutup tubuhnya. Apabila Jung-Woo memberitahu yang dia sangat menyesal dan malu kerana sanggup meninggalkan Soo-Yeon pada masa itu dan rasa seperti mahu mati dan akhirnya Soo-Yeon mempercayai Jung-Woo kembali. Jung-Woo memberitahu Harry yang dendamnya takkan kemana kerana dia akhirnya akan menyakiti Soo-Yeon wanita yg sangat dia cintai. Jung-Woo turut mengertak Harry dengan jenayah yg telah dilakukannya lalu menyebabkn Harry menghalakan pistol ke arah Soo-Yeon dan Jung-Woo tidak boleh buat apa2. Harry memberitahu isi hatinya kepada Soo-Yeon dan mengajak Soo-Yeon untuk pergi bersamanya, dia tidak mahu seorng diri,takut dan tak mahu berada dalam penjara,terlalu menyeksakkan dan menyuruh Soo-Yeon tuk pandang kearahnya.Soo-Yeon bingung tidak tahu nak buat apa ditambah lagi dgn kehadiran pihak polis yang sedang mengepung gudang itu.
Jung-Woo masih memujuk Harry untuk menurunkan pistolnya kerana ia akan menyebabkan Soo-Yeon bertambah takut. Jung-Woo melengahkan masa dengan bertanya kepada Harry kenapa dia tidak membunuhnya terus, adakah kerana mereka bersaudara dan semua ini berlaku disebabkan oleh Han Tae Joon. Jung-Woo juga tidak dapat memaafkan ayahnya. Harry menceritakan saat dia dan Soo-Yeon hidup bersama di Perancis, walaupun Soo-Yeon tidak mencintainya tapi dia bahagia. Harry ingin kembali pada saat itu.
Soo-Yeon memberitahu yg itu bukan cinta yg Harry inginkan dan selami ini Soo-Yeon selalu mencintainya. Mereka bagaikan satu keluarga dan Soo-Yeon tidak terpikir yang selama ini Harry telah berbohong padanya. Soo-Yeon juga memberitahu yang selama ini dia berbohong dengan melupakan semuanya dan tidak pernah merindui sesiapa pun.
"katamu seseorng tidak boleh berda di syurga sendirian. Soo-Yeon akan pergi denganku". Harry mengarahkan pistol ke kepala Soo-Yeon.
kerana marahkan Jung-Woo yang memberitahu,walaupun Harry menembak Soo-Yeon dan membunuhnya ,cinta mereka takkan berakhir tetapi akan semakin mendalam. Harry telah mengalihkan pistol ke Jung-Woo lalu Soo-Yeon menghadang dengan badannya. Harry tidak percaya yg Soo-Yeon sanggup melindungi Jung-Woo dengan nyawanya.Harry yg dlm keadaan tidak stabil telah melepaskan tembakan tetapi terkena Jung-Woo yang sempat menarik Soo-Yeon. Harry telah memanggil Soo-Yeon yg dia juga sanggup mati untuknya tetapi Soo-Yeon tidak menhiraukannya dan masih memanggil Jung-Woo yang terjatuh.Disebabkan kecewa Harry sanggup menembak dirinya sendiri di kepala tetapi sempat dihalang oleh pihak polis dgn menembak tangannya lalu pengsan disebabkan kehilangan banyk darah di kakinya yg tercedera di tembak polis sebelum ini.
I MISS YOU berakhir dengan happy ending. Han Tae Joon dimasukkan ke penjara manakala Harry masih dihospital tetapi berkerusi roda dan telah hilang ingatan. Jung-Woo dan Soo-Yeon telah berkahwin pada saat salji yang pertama turun.