Sunday, 21 October 2012

AkU tErImA nIkAhNyA......

aku terima nikahnya Review Filem Aku Terima Nikahnya

seperti yang tertera kat poster tu, citer nih kuar kat panggung 11 oktober lps...
semua org duk citer pasal movie nih..
yang xboleh bla lelaki pun sama naik nk tgk movie nih..
aq pun godek2 lah cari die punya trailer dan sinopsis,nak tahu jgk movie nih pasal apa..
dan yang pasti aq pun terjebak sekali untuk tonton movie nih kat alamanda pada hari rabu lps dengan rumateku n the gang..
lepas je kelas hubungan etnik tu,balik bilik, solat, ambik kawan kat keris mas sorang, ibu zain sorang n kat pusanika sorang (berterabur skali)..
kitorang sampai dlm kul 8suku dan movie nih start kul 8stengh..
nasib baik ada lagi tiket p duk barisan ke3 depan lah..habis lenguh tengkuk aq..
movie nih boleh tahanlah,xboring tu kira ok la..
p ada part sedih yg masa johan kemlangan dan hilang ingatn( sape x sedih suami sendiri x ingt kiter,org lain boleh plk dye ingt)..
aq nih jenis yg xde perasaan sikit, so, tgk pun mcm biasalah..xdelah sampai ambik tisu kesat air mata tu (ada budak laki tu barisan depan aq,siap bertisu-tisu lagi kesat air mata)..
untuk movie nih aq boleh bagi 3/5 bintang...
haa satu lagi, adi putra ada sumbangkan suaranya untuk cerita nih..
rumate aq siap suruh download lagi..
kat bawah nih aq sertakan sekali trailer movie nih..
|
|
Y


Di SeBaLiK MaJiS PENGIJAZAHAN UNIVERSITI


Disebabkan sekarang nih minggu majlis konvokesyen sedang berlangsung di DECTAR, UKM ( nk konvo gk, 2thun lagi..sabar2) jadi aq share kat korang semua artikel mengenai " DI Sebalik Majlis Pengijazahan Universiti "


Majlis pengijazahan tinggi martabatnya dalam tradisi keilmuan di seantero dunia. 
Dalam majlis menyambut kejayaan penuntut dalam bidang masing-masing ini, graduan akan menyarung jubah dan diletakkan di atas kepala topi akademik (mortar board). 

Dan kemudian siap sedia untuk menerima segulung ijazah daripada universiti.

Namun begitu, kini ramai yang beranggapan bahawa etika pemakaian dan pengijazahan ini hanyalah upacara rasmi universiti tanpa ada makna pengiktirafan ilmu.
Ada juga beranggapan bahawa ia upacara yang dicedok sepenuhnya daripada Barat. Jika begitu, dari mana asal tradisi ini dan apakah semangat di sebalik pemakaian topi akademik, jubah dan penerimaan ijazah?

Saya terpanggil untuk menerangkan secara ringkas empat aspek utama dalam majlis pengijazahan universiti yang perlu dihayati setiap graduan supaya berbekas dalam hati sanubari bahawa mereka sebenarnya membawa tanggungjawab yang berat.
Mereka memikul amanah guru untuk menyampaikan ilmu mereka kepada orang lain di samping menghargai sumbangan tamadun Islam dalam membentuk tradisi keilmuan dunia.


Tradisi pengajian hadis, tafsir

Istilah ijāzah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud "kebenaran atau keizinan yang diberikan oleh guru kepada penuntut untuk menyampaikan ilmu yang dipelajari" (license to teach). 
Tradisi yang asalnya diamalkan dalam ilmu hadis dan tafsir ini dibangunkan sejak abad ke-4 Hijrah atau ke-10 Masihi. 

Kemudian, pada abad ke-12 Masihi, tamadun Eropah Kristian mencedok masuk ke dalam sistem pendidikan mereka dengan menggantikan istilah ijazah kepada licentia docendi.


Namun konsep itu mula dipisah-pisahkan kepada sijil, diploma, izajah dan seterusnya. Berbanding licentia docendi yang hanya dikurniakan oleh universiti, penganugerahan ijāzah terletak pada hak guru. 
Ini membuatkan guru pada waktu itu amat bersungguh-sungguh mendidik penuntut kerana mereka bertanggungjawab terhadap apa yang diajar dan apa yang akan diajar oleh anak murid mereka kepada orang lain. 

Para penuntut pula bersungguh-sungguh mendalami ilmu untuk mendapatkan pengiktirafan daripada guru. Tempoh untuk mendapatkan ijazah juga tidak tetap kerana bergantung kepada prestasi penuntut untuk meyakinkan guru. 

Inilah faktor penting mengapa taraf pendidikan dan budaya ilmu dalam tradisi pendidikan Islam dapat dikekalkan.

Kandungan dalam ijazah pula akan dimulakan dengan basmalah, puji-pujian kepada Allah dan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat serta potongan ayat al-Qur'ān yang menyebut tentang ketinggian taraf orang yang berilmu. 
Contohnya surah al-Zumar ayat ke-9. Kemudian guru akan menyatakan namanya dan berterima kasih kepada guru sewaktu mereka masih menuntut , nama penerima ijazah, akhlak serta prestasi penerima semasa menuntut ilmu dan pelbagai maklumat yang memaparkan jalur pewarisan ilmu (silsilah) mereka. 

Ijazah kebiasaannya akan diberikan dalam bentuk buku kecil yang mengandungi maklumat hingga mencapai dua puluh muka surat dan lebih berbanding sijil zaman ini dalam sehelai kertas yang digulung tanpa nama guru yang mendidik mereka.


Al-Quran di atas songkok


Dalam tradisi pendidikan Islam, apabila seseorang itu layak diijazahkan, mereka akan memakai penutup kepala seperti kopiah atau songkok kemudian di atasnya akan diletakkan al-Quran (kini diganti dengan lapisan tebal berbentuk segi empat) dan kemudian diikat pada kepala si penerima ijazah.

Ia sebagai simbol ketinggian ilmu yang dimilikinya dan berikrar akan menyampaikan ilmu yang dikuasainya dengan tulus ikhlas dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ilmu yang dimiliki. 

Menariknya jika dilihat zaman ini, ramai graduan secara berjemaah melontar topi mereka ke udara dengan muka yang ceria mungkin merasakan itu sekadar topi sahaja.

Jubah yang dipakai oleh penuntut dan guru mengikut warna masing-masing bertujuan membezakan orang awam dengan penuntut ilmu dan ilmuwan. Terdapat juga kisah di mana seorang menteri perlu menukar jubah menteri kepada jubah sarjana bila ingin membacakan hadis kepada pendengar. 
Jika seorang itu layak mengajar, mereka akan disarungkan jubah yang digunakan oleh ilmuwan dan upacara ini masih diteruskan sehingga kini, terutamanya penganugerahan kepada penerima ijazah doktor falsafah.

Justeru itu, seperti mana mereka tidak dibenarkan meletakkan al-Qurann di atas kepala dan menyarung jubah akademik sehingga mereka benar-benar layak, seperti itu juga para penuntut universiti kini dilarang memakai jubah dan topi akademik sebelum mereka layak memakainya. 
Begitulah ketinggian budaya ilmu yang dipaparkan dalam tradisi pendidikan Islam demi menjaga kesucian ilmu dan para graduan seharusnya menjiwai setiap maksud yang terkandung di dalam majlis pengijazahan ini.

Hari yang bersejarah ini sebenarnya bukanlah hari teristimewa antara graduan dengan keluarganya mahupun rakan sekuliah walaupun tidak dinafikan mereka juga penting, tetapi saat intim antara anak murid dengan guru untuk mengimbau pengembaraan ilmu mengajar dan belajar.

Dengan mendalami setiap perkara di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa setiap peri laku dan pemakaian dalam majlis pengijazahan membawa makna mengiktiraf ketinggian ilmu.
Selain itu, tujuan mendapatkan ijazah untuk menyampaikan ilmu dan melaksanakan amanah yang diberikan oleh guru. 

Namun, kini, apabila tujuan mendapatkan ijazah ditumpukan semata-mata hanya kepada kemahuan ekonomi dan pasaran kerja hingga makna ilmu itu tidak meresap ke dalam diri masing-masing; maka terjadilah gejala yang tidak menzahirkan nilai kesarjanaan.

Ia antaranya menari beramai-ramai di depan Dewan Canselor dan pelbagai sambutan yang didorong dengan hawa keseronokan walhal waktu ini mereka dihormati sebagai bakal ilmuwan, bukan penghibur. 

Oleh itu, adalah wajar ditanya kepada kesemua graduan, adakah kita berhak mendapat penghormatan sebagaimana dibincangkan di atas?


Artikel tulisan mantan Mohamad Firdaus Pozi, calon sarjana sains Universiti Kebangsaan Malaysia 
( Mantan EXCO Latihan & Kepimpinan PMUKM 2009/2010 )

Saturday, 20 October 2012

Bulan ZULHIJJAH

Assalamualaikum,
aq rasa dah lama dah aq x menulis apa2 kat blog aq nih...post terakhir aq masa bulan Ramadhan. Bulan Syawal dan Zulkaedah pun dah lepas dah sekarang kiter berada pada bulan Zulhijjah iaitu bulan umat Islam menunaikan ibadah haji dan menyembelih korban. Bulan Zulhijjah juga salah satu daripada bulan haram.

                                      

 Sabda Nabi s.a.w, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut ?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (Hr Bukhari)

Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amalan-amalan yang lebih dicintai ALLAH selain amal yang dikerjakan pada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, maka perbanyakanlah padanya tahlil (La ilaha illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)". (HR Imam Ahmad)

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah). Maka jawab Rasulullah s.a.w. "Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang". (HR Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (HR Muslim)

Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulanglah dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti 
 telah menjalankan agama kita." (HR Muslim)

Akhir sekali bagi mereka yang sedang menunaikan ibadah haji, semoga mendapat haji yang mabrur
Aminn...